SEJARAH SEKOLAH

6:47 PM Posted In Edit This 0 Comments »
Pusat Sumber Sekolah mula beroperasi seiring dengan penubuhan sekolah. Sekolah Menengah Dato’ Abdullah, Astana Raja telah ditubuhkan pada tahun 1957 atas nama Sekolah Menengah Astana Raja. Pada tahun 1966, sekolah mempunyai bangunannya sendiri dan mempunyai dua aliran iaitu aliran Inggeris dan aliran Melayu. Pada tahun 1973, sekolah telah mendapat 2 blok baru menjadikannya 5 blok kesemuanya. Pada tahun 1974, bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu. Sempena itu juga, nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menengah Datuk Abdullah berdasarkan nama Yang Teramat Mulia Undang Luak Rembau ke-18 iaitu Dato’ Abdullah bin Haji Dahan.

Kemudian sebuah blok lagi ditambah untuk makmal sains tulin dan pada tahun 1981, aliran sains pula mula diperkenalkan dan menjadikan sekolah melaksanakan dua aliran iaitu aliran sastera dan aliran sains. Makmal sains tulin telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Hj.Mohd.Isa bin Hj.Samad pada 12 November 1985. Pihak PIBG telah berusaha bagi pembinaan 2 blok asrama yang dapat menampung 200 orang murid.

Mulai tahun 1991, aliran agama pula diperkenalkan dan murid-murid dipilih berdasarkan keputusan UPSR. Sebuah surau dapat dibina hasil derma dariorang ramai dan ianya telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Hj.Mohd Isa bin Dato’Hj. Samad pada 25 April 1993.

Pada tahun 1998, 2 blok baru siap dibina dan pusat sumber sekolah telah dipindahkan ke blok baru tersebut yang berhampiran dengan makmal sains tulin. Dengan itu keadaan menjadi lebih selesa kerana ruang yang disediakan lebih luas dan menarik. Sebelum ini, pusat sumber sekolah berada di blok E yang kini dijadikan bilik gerakan.

Sekolah Menengah Datuk Abdullah yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah melaksanakan aliran biasa, aliran agama dan aliran sains. Ramai murid dari sekolah ini telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. Kemajuan Pusat sumber sekolah perlu seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh sekolah

0 comments: