Jawatankuasa PSS Semenda 2010

7:26 AM Edit This 0 Comments »
Jawatankuasa Induk PSS Semenda 2010

Pengerusi : En.Tahir bin Mustapa

Naib Pengerusi : En.Jalaluddin bin Dzulkefli

Setiausaha : En.Chong Chan Loong

AJK : Pn.Hjh.Azizah bt Mahat (Ketua Bidang Sains&Matematik)

Tn.Hj.Mohmad bin Yusof(Ketua Bidang Bahasa)

Cik Hjh.Roslina bt Abdullah(Ketua Bidang Teknik&Vokasional)

En.Mohmad Taib bin Abdullah(Ketua Bidang Kemasyarakatan)

Ketua Panitia Matapelajaran

PIAGAM PSS

8:25 PM Posted In Edit This 0 Comments »
a. Memastikan setiap pelajar SEMENDA mendapat hak yang sama dalam menggunakan Pusat Sumber Sekolah.

b. Memastikan urusan yang berkaitan dengan pusat sumber sekolah dapat diuruskan dengan sempurna.

c. Menambahkan lagi keceriaan agar pusat sumber sekolah merupakan satu tempat pembelajaran yang paling efektif.

d. Menambah lagi bahan bacaan bermutu agar pelajar mendapat ilmu yang jitu dan .

e. Memastikan pelajar menggunakan pusat sumber sekolah dengan sepenuhnya dalam usaha mencapai kejayaaan.

MISI

6:56 PM Posted In Edit This 0 Comments »
Mengadakan kepelbagaian aktiviti, memberi perkhidmatan cemerlang, ceria dan menarik sebagai asas ke arah kejayaan.

VISI

6:53 PM Posted In Edit This 0 Comments »
Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang, memberi perkhidmatan secara adil dan bermanafaat kepada semua warga SEMENDA.

SEJARAH SEKOLAH

6:47 PM Posted In Edit This 0 Comments »
Pusat Sumber Sekolah mula beroperasi seiring dengan penubuhan sekolah. Sekolah Menengah Dato’ Abdullah, Astana Raja telah ditubuhkan pada tahun 1957 atas nama Sekolah Menengah Astana Raja. Pada tahun 1966, sekolah mempunyai bangunannya sendiri dan mempunyai dua aliran iaitu aliran Inggeris dan aliran Melayu. Pada tahun 1973, sekolah telah mendapat 2 blok baru menjadikannya 5 blok kesemuanya. Pada tahun 1974, bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu. Sempena itu juga, nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menengah Datuk Abdullah berdasarkan nama Yang Teramat Mulia Undang Luak Rembau ke-18 iaitu Dato’ Abdullah bin Haji Dahan.

Kemudian sebuah blok lagi ditambah untuk makmal sains tulin dan pada tahun 1981, aliran sains pula mula diperkenalkan dan menjadikan sekolah melaksanakan dua aliran iaitu aliran sastera dan aliran sains. Makmal sains tulin telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Hj.Mohd.Isa bin Hj.Samad pada 12 November 1985. Pihak PIBG telah berusaha bagi pembinaan 2 blok asrama yang dapat menampung 200 orang murid.

Mulai tahun 1991, aliran agama pula diperkenalkan dan murid-murid dipilih berdasarkan keputusan UPSR. Sebuah surau dapat dibina hasil derma dariorang ramai dan ianya telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Hj.Mohd Isa bin Dato’Hj. Samad pada 25 April 1993.

Pada tahun 1998, 2 blok baru siap dibina dan pusat sumber sekolah telah dipindahkan ke blok baru tersebut yang berhampiran dengan makmal sains tulin. Dengan itu keadaan menjadi lebih selesa kerana ruang yang disediakan lebih luas dan menarik. Sebelum ini, pusat sumber sekolah berada di blok E yang kini dijadikan bilik gerakan.

Sekolah Menengah Datuk Abdullah yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah melaksanakan aliran biasa, aliran agama dan aliran sains. Ramai murid dari sekolah ini telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. Kemajuan Pusat sumber sekolah perlu seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh sekolah

OBJEKTIF

6:36 PM Posted In Edit This 0 Comments »
a. Kecemerlangan Pendidikan

Meningkatkan mutu pengajaran – pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.

b. Penggunaan Kemudahan

Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks,

C Pemupukan Tabiat Belajar

Memupuk tabiat belajar sendiri, hasil dari sifat ingin tahu dengan membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.

d. Penghasilan Bahan

Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan dalam pembelajaran.

e. Perkhidmatan Pembelajaran

Menyediakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar.

f. Kemahiran Menyelidik Maklumat

Melatih serta memberi peluang kepada pelajar mencari dan mengkaji maklumat dalam proses pembelajaran.

MATLAMAT

1:08 AM Posted In Edit This 0 Comments »
Matlamatnya ialah untuk mencapai perubahan tingkahlaku atau “behavior change” dalam jangka masa panjang yang tidak mungkin kita capai dengan segera atau dalam masa pendedahan yang singkat.


Dengan pengertian yang sama matlamat pusat sumber sekolah boleh dirumuskan sebagai:


a. Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.


b. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dramatik, kreaif, inovatif dan berdisiplin.

c. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamik, kreatif dan berdisiplin.

d. Merapatkan jurang perbezaankemudahan pendidikan antara sekolah luar bandar dengan sekolah dalam bandar.